Wednesday, March 16, 2011

UCAPAN ALU-ALUAN MESYUARAT AGONG PIBG 38

KATA-KATA ALU-ALUAN GURU BESAR SEMPENA MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 38

Assalamu’alaikom warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera, salam satu Malaysia dan salam Melaka Maju 2010
Salam 5A pelajar SK Alai

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izinya kita dapat mengadakan Majlis Mesyuarat Agong PIBG kali ke 38 khusus bagi Sekolah Kebangsaan Alai.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ibubapa yang dapat hadir pada Mesyuarat Agong PIBG kali ke 38 ini. Kehadiran ibubapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi Sekolah Kebangsaan Alai untuk mencapai kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.

SK Alai telah menjangkau usia 82 tahun banyak perubahan fizikal telah berlaku daripada bangunan kayu kepada bangunan batu dan yang terbaru bangunan 4 tingkat. Daripada bilangan guru kurang 10 orang kepada bilangan guru 43 orang dan jumlah pelajar yang terkini adalah 481 orang. Sekolah mempunyai 15 kelas aliran perdana, 5 kelas PPKI dan satu kelas Pra Sekolah. Sekolah juga dilengkapi dengan kantin, bilik-bilik khas, makmal komputer, pusat sumber dan padang.

Visi SK Alai adalah sebuah sekolah cemerlang kurikulum, korikulum dan sahsiah murid menjelang tahun 2015. Manaka misinya Sekolah ini berazam untuk menempatkan sekolah ke tahap Institusi Pendidikan yang boleh dibanggakan melalui:-
• Meningkatkan prestasi kurikulum yang cemerlang.
• Meningkatkan kokurikulum yang cemerlang.
• Membentuk generasi yang mempunyai sahsiah dan berakhlak mulia serta mempunyai daya ketahanan yang tinggi.
• Mengembeling seluruh tenaga dan sumber yang ada dalam suasana sekolah yang selamat, kondusif dan ceria.
• Mengurus dengan cekap dan berkesan serta meningkatkan semangat bekerja secara berpasukan.
• Menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
• Mengurus Kewangan secara akauntabiliti.
• Menjamin hubungan baik dengan komuniti.

Pada tahun 2010 keputusan UPSR SK Alai telah meningkat dari segi cemerlang dan lulus. 8 orang pelajar mendapat 5A dan peratus lulus meningkat kepada 65.4%. Begitu juga dalam kokurikulum SK Alai mendapat naib johan koir peringkat negeri dan juga cemerlang dalam aktiviti Puteri Islam yang menjadi johan negeri mewkili Melaka di peringkat kebangsaan.

PIBG memainkan peranan yang sangat penting di mana dengan pemuafakatan ini SK Alai akan menjadi lebih cemerlang dan seterusnya dapat mencapai visinya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG telah banyak menabur jasa buah fikiran dan juga sumbangan bagi menjayakan aktiviti serta pelbagai program sekolah. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa yang telah memberi pelbagai sumbangan terhadap sekolah.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Latif Tamby Chik DUN Telok Mas yang sudi hadir dan juga memberi sumbangan kepada pihak sekolah.

Akhir kata amatilah peribahasa cina berikut

WITH MONEY WE CAN BUY A HOUSE BUT NOT A HOME
WITH MONEY WE CAN BUY A CLOCK BUT NOT TIME
WITH MONEY WE CAN BUY A BED BUT NOT SLEEP
WITH MONEY WE CAN BUY A BOOK, BUT NOT KNOWLEDGE"

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna, banyak yang perlu
dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. Sesekali langkah tersadung, rebah
menyembah, sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan
pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. Selagi prinsip hidup berada di atas
landasan yang betul, usah digusar pada anugerah Tuhan..anggaplah sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan.."

Berbaju Melayu dua mempelai
Duduk bertimpuh beradab sopan
Ayuh bangunlah murid SK Alai
Keputusan cemerlang dikotakan

Sekianlah wabilahi taufiq walhidayah wassalamu’alaikom warahmatulli wabarakatuh.

HAJI ADAM BIN MD DALI
GURU BESAR
SK ALAI
MELAKA

No comments:

Post a Comment

Post a Comment